Saturday, June 11, 2011

Sebab Blog Malas Di update!



Hehehe..rase macam happy pula malam ni lepas tengok duit dekat nuffnang yang membuatkan aku terkulai layu dengan nilai sebanyak singgit enam puluh lapan sen tu.Tak sangka jugak dah sebanyak tu dengan blog yang last diupdate pada tahun lepas lagi.hehe.Rase-rase dah dapat dah beli gula-gula banyak-banyak ni,bagi anak sedara makan sampai muntah-muntah dan pengsan.

Aduhai..niat kat hati ni memang sudah lama nak update blog yang hampir sedekad aku tinggal nih.Nak update,ade je benda-benda negatif yang timbul.Misalnya tengok dekat bawah ni

  • Nak update blog je terpikir je nak buat ayat-ayat yang sedap dibaca.Padahal entri aku ni pun bukan nye beh pun.Orang yang bukak pun mungkin juga diorang tak sengaja,lepas tu diorang fikir.”hurmm,macam best pulak entri ni,baik aku baca sampai habis”.hehehe.Alah,sekadar bosan-bosan sambil tunggu drama indon dekat kat tv3 tu.Perghhh!!tak best langsung cerita indon.Tido lagi sedap aku rase.Bagi aku la,sebagai bloger yang baru setahun popcorn ni memang susah nak hasilkan entri yang ramai orang akan baca.So,ni la salah satu masalah aku tergendala nak update blog.


ape benda aku nak tulis nih wadehel


 Korang faham tak apa yang cuba aku sampaikan ni?

  • Bile je dapat idea nak post sesuatu entri ni,time tu jugak la gatal-gatal tangan nak main game.Contohnya game yang aku main,PES 2011.Time main bukan main syok lagi.Yela kan,name dah main.Mesti la main-main.hah2.Bila tengah main mende ni(banyak pulak main nya),memang jadi lauk la komputer aku bantai team diorang.Tapi bila komputer ni jadi lebih bijak dari aku,serta-merta saja aku di hempuk diorang.alah,diorang bantai aku la senang cerita.Celaka kau komputer,main kasar nampak.Dengan secara matematik nya mood aku down tak puas hati sebab kalah.Idea yang datang awal-awal nak update blog tadi melayang bak burung-burung pipit di awangan.Secara konklusinya,off pc and then pergi tido.hahaha.(hati tengah sedih,mana buleh fokus nak taip entri).


sob..aku kalah main PES lawan komputer..sedih nye aku..

Itu saja kot antara faktor blog aku tidak diupdate.Mungkin juga aku masih mentah lagi dalam dunia pemblogan ni.heheh.oke selamat malam aku ucapkan.

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru!Azam Baru!


Assalamualikum dan selamat petang.ini entri express yang pernah aku buat petang ni memandangkan broadband aku akan expired kejap lagi.

Celik pejam celik pejam,pejam tido balik.rupanya hari ni hari last dah untuk tahun 2010.sempena menyambut tahun baru masihi ni,anda mesti ada bukan impian-impian baru atau dengan kata lain azam baru untuk tahun baru 2011 nanti.ada sesetengah tu dah simpan dah dalam hati azam masing-masing.kat facebook dan blog-blog lain dah bermacam-macam dah diorang bagitahu azam diorang.nak tunjuk kat orang orang ramai punya pasal. Kat bawah ni antara contoh-contoh keazaman yang belum pasti itu.

1)nak kawen cepat. bagus-bagus,lagi cepat lagi bagus!

2)nak jadi superhero untuk selamatkan dunia dari ancaman raksaksa.hehh2,azam cmni pn ade jugak?

3)ingin memiliki kereta mewah,rumah mewah dan segala kemewahan yang ada.mata duitan n.nak tahu try cek bijik mate diorang.

4)nak cari boyfren atau girlfren baru..yang lama buang kelaut barangkali.haha

5)nak jadi usahawan yang berjaya.hurmm,lantak kau lh.

6)follower blog nak capai 100++ atau 200++.untuk blogger sahaja,nak tingkatkan trafik kot.boleh diterima

7)nak capai bilangn friend 1000++ kat facebook.tujuan apa aku tak tahu lah,artis kot dia n.

8)nak pergi bercuti ke luar negara.kau nk pergi bercuti ke luar alam dunia pn boleh punya.

9)nak focus pada pelajaran.yang ni aku tabit sprinta ni!

10)nak memiliki hati si dia.podahh!!muntah-muntah.geli-geli.hahah

11)nak jadi orang yang baik,iklas,jujur dan saksama.bagus-bagus.tolong-tolong mak axah masak dan tanam ubi keling.

12)nak balas dendam-dendam lepas.ngn kucing pn nk berdendam ke?ini tak bagus!.

13)nak jadi penyangak.ni pn azam baru jugak?

14)tak mahu tinggal solat lagi.perlu ada pada setiap orang yang sepatutnya ni.termasuk aku sekali.insyaAllah.

Ini la beberapa contoh azam baru yang dapat aku kumpulkan walaupun setengah tu datang dari kepala otak aku sendiri.untuk pedoman kita semua.heh3.wokeh!jumpa tahun depan pulak.entri ini berkubur di sini.Selamat Tahun Baru 2011!

Sekian dulu.goodbye!

Thursday, December 30, 2010

Liar Game!!


Assalamualaikum kepada pembaca blog yang comel dan macho.mesti anda akan lebih berminat nak baca entri ni kalau dipuji sedemikian rupa..keh3 .Di sini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah menjuarai AFF Suzuki Cup.Jumpa anda di world Cup pulak nanti.InsyaAllah…dengan penuh ghairahnya mata memandang ke langit sambil menyanyikan lagu Maher Zain.
Dah-dah,henti menyanyi…langit pn dah maki suram aku tengok kt luar.Straight to the point.Apa LIAR GAME ni?Game menipu?perlawanan malaysia indonesi tu ada yang tipu kah?Bukan-bukan,Liar Game ni drama siri jepun yang aku tengah layan sekarang ni.Cerita ni memang best.walaupun aku baru tengok 2 episod je tapi bagi aku boleh la layan memandangkan aku tak ade apa keje nak buat.hujan-hujan camni duduk depan PC,bukak cerita ni layan sambil makan popcorn.huhh,bahagia hidup..hehehe
Watak utama drama ini adalah Kanzaki Nao yang wataknya seorang yang straight dan sangat baik hati.Pada satu hari,dia menerima wang sebanyak 100 ribu yen yang ditinggalkan di hadapan rumah nya.wang itu disertakan sekali dengan klip video yang secara tidak sengaja nya Kanzaki Nao ni menonton video tu.Oleh sebab beberapa faktor,dia terpaksa bermain game tu jika tidak mahu menaggung hutang sebanyak 100 ribu yen..yang lain tu korang boleh la tanye encik goole kalau nak tahu yang selanjutnya.
Watak Kanzaki Nao dilakonkan oleh Erika Toda iaitu teman wanita aku sendiri.jangan jeles weh!hahaha.perasan lebih nih.tak ape..hidup mesti ada angan-angan kan.hueh2.kat bawah ni gambar dia..

  Alahai erika toda..bilakah dinda nak bersama dengan kanda?heh3

Watak  utama kedua pulak dilakonkan oleh Khairul Fahmi(keeper malaysia dan kelantan) yang memegang watak Akiyama Shinichi yang menolong Kanzaki Nao dalam menempuh masalah yang dihadapi.Watak dia ni seorang yang genius dan tak tahu kenapa beliau masuk penjara sebelum ini.


Khairul Fahmi Che Mat..gambar ic ke apa ni?

Huh!!mesti anda terkejut kan?Khairul Fahmi yang popular dan menjadi keeper kebangsaan itu sebenarnya adalah pelako drama siri jepun.gandingan yang hebat!!hahaha.Secara tidak sengaja nya aku perasan yang Watak Akiyama Shinichi ni dilakonkan oleh artis jepun yang muka memang sejibik macam Khairul Fahmi ni.Ini kah Yang dikatekan pelanduk dua tak serupa?jom kita tengok watak sebenar Akiyama Shinichi ni.

  Huh?muke aku sama macam keeper malaysia?Bangganya Aku!!

Haaa..inilah beliau. Shota Matsuda name dia.Kalau anda tengok muka diorang ni sama tak?Gerak hati korang la..Kalau gerak hati aku off kos sejibik.hehh

Shota Matsuda

Khairum Fahmi


Apa yang aku dapat simpulkan disini.Mamat 2 orang n memang terbaik dari ladang habaq hang.Khairul Fahmi,anda memang keeper yang terbaik malaysia pernah aku tengok.Banyak save shot-shot yang bahaya dari pihak lawan.Thank You!MALAYSIA BOLEH!KELANTAN BOLEH!hehehe..Jadi kepada sesiapa yang minat khairul fahmi ni,buleh la tengok drama yang dilakonkan oleh beliau.Jom tengok LIAR GAME sambil makan popcorn!Sekian dulu..Assalamualaikum..

Erika Toda dan Khairul Fahmi..heheh










Wednesday, December 29, 2010

Jangan makan Semut!!




Pejam celik..dah pagi rupenyer.Detemani pulak dengan hujan renyuk-renyai kt luar.Memang hangat kalau ade unggun api di sebelah.Nak menghilangkan sejuk punya pasal.hehheh.Apa kabar anda?diharap dah mencekik walaupun sesuap nasik.Kepada yang belum cekik,pegi ke dapur sekarang.cari la makanan-makanan yang dapat memenuhi space-space kosong yang ade di dalam perut anda yang besar lagi fleksibel itu.haha


Tetapi harus diingat,pemakan yang anda ambil juga penting tuh.Sebagai contoh,aku yang makan roti gardenia baru kejap tadi.wuhuuu rase dia memang melambung ke langit.macam mati hidup kembali pun ader.di sebalik ke-best-an roti tu rupenyer ade bendasing yang menjadikan roti itu sebagai homestay untuk beliau diami.Sedang syok-syok cicah ternampak objek-objek hitam yang kecil terapung-apung dalam air neskafe 3 dalam 1 aku.Mula-mula tidak diendahkan oleh kerana ku sangka objek hitam itu adalah buah-buah kopi yang tak hancur.Hampir 5 keping roti aku cekik,dan mula merasa kelainan nya.makin rancak aku cicah makin bertambah banyak pulak benda hitam tu terapung.memang susah nk nampak objek-objek kecil pada pagi-pagi membuta nih.Ku capai microskop milik abah aku untuk melihat objek itu dengan lebih dekat lagi.


Berjam-jam jugak aku tilik bende tu akhirnya dapat mengenalpasti objek itu ape.dengan bantuan mikroskop milik abah aku tu aku dah dapat tahu bahawa benda yang terapung-apung di atas permukaan air itu adalah sekeluarga semut yang nakal mencari makan.amat kesian sekali,mati akibat tertelan air,air neskafe pulak tu.Lepas tu berkubur pulak ke dalam perut ku yang kempis kembung ini.aku rase macam banyak pulak aku telan bende tuh.Ni mesti ade efek sampingan akibat dari makan semut.nak tahu ape efek nya?


"Di dalam badan atau mulut semut,ia mengandungi sejenis enzim yang apabila kita makan akan memberi kesan terhadap sistem saraf otak, terutama sekali saraf pembelajaran dan hafalan. Enzim ini yang diistilahkan ‘racun’ pada semut. Kalau boleh elakkan dari terminum air atau termakan makanan yang adasemut".(sumber dari iium)


 piwitt2


Takut pulak aku apabila bace bende kat atas tu.Mak aku jugak pernah cakap kt aku."kalau kita tertelan seekor semut,kita akan menjadi orang pelupa selama 40 hari"teori dari mana aku pn tak tahu lah..betul kah ni?lupa selama 40 hari?hilang ingatan selama 40 hari kah?ni seekor semut,kalau 10 ekor?


1 ekor semut = otak jadi lembab selama 40 hari
kalau 10 ekor semut?berapakah hari anda akan jadi macam tu?jom kita kira sama-sama.

    10 ekor x 40 hari
   =400 hari

400 hari = 1 tahun 35 hari anda akan jadi lembab otak


 huh?bodoh selama 400 hari?padan muka kau!



Heheh..Maknanya aku akan jadi kebengapan selama setahun lebih..jadi camtu pun buleh suke lagi...teori xbetul ni!!ni saje la ni orang-orang tua dulu-dulu tak bagi anak-anak mereka makan semut sesuka hati..Tapi kenyataan yang di bold kan itu buleh dipercayai.Enzim-enzim dari semut tu lah yang menyebabkan otak jadi lemah. Selama 40 hari tu mitos semata-mata.Mungkin betul atau mungkin tak betul.Try tanya mak ayah anda jap lagi.


p/s:ini nasihat dari aku sediri,kalau boleh elakkan la dari makan semut-semut.Kalau tak sengaja tu nak buat macam mana kan.mungkin kita ditakdirkan untuk jadi lembab seketika.haha.Efek nye yang sebenar wallahua'lam.Kena tanye doktor semut dalam hal-hal begini.doktor semut pn ade ke??sebelum makan tu,belek-belek dahulu roti atau biskut tu.takut nanti bukan setakat semut ade,dengan ibu-ibu gajah dan segala jenis hidupan-hidupan liar lain berkemungkinan ade.hueh2

sekian dulu entri ini,gudbye..assalamualaikum