Showing posts with label Komputer. Show all posts
Showing posts with label Komputer. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Laptop ku berapi!!!

Assalamualaikum kepada saudara saudari di sana?sihatkah anda?aku disini sihat walafiat sahaja...macam tu lah lebih kurang surat kiriman tak rasmi yang pernah aku karang sewaktu sekolah dulu.Memang berjela-jela jugak la aku karang,nak dapat 5 bintang dari cikgu nih.Pecah kepala otak ni pikir idea-idea yang bernas.Last-last cikgu tu kate,"murid-murid...cikgu nak pindah,xpayah hantar la karangan tu.."Aku sangat gembira sekali dapat cikgu yang macam ni..boring nyer cerita ni, tapi tak pa,aku nak teruskan jugak entri ni..


 contoh laptop berapi...


Ini entri nak cerita pasal laptop aku...laptopku berapi!!mungkin anda fikir laptop aku ni bila turn on je,api berkobar-kobar keluar bernyala-nyala membakar laptop ni.atau mungkin jugak anda fikir laptop aku n memang berupaya mengeluarkan api dari skrin n.Tidak-tidak sama sekali.Laptop aku sebenarnya bukan bahan api,tetapi ade kelebihan nya tersendiri.Sejak dari hari tu,memang menjadi kenangan pahit bagi aku.Pahit sangat kah kenangan tu?Kenapa ye orang-orang suka sangat menjadikan pahit itu ibarat sesuatu yang tidak baik.Sedangkan pahit itu bagus.Pahit itu ubat.Pahit macam hempedu.elok je orang makan hempedu ular tu.Sedap barangkali hempedu tu.Kena cuba makan hempedu ni.Xde hempedu ular,makan hempedu ayam pn dah ok aku rase...haha..Ni tak pasal-pasal masuk topik hempedu pulak ni.Ok2 berbalik kepada topik kita..heheh

Xsilap aku pada tahun lepas..Time tu tengah hujan dengan disertakan guruh-guruh di langit.Macam biasa lah duk kt umah kan mengadap laptop je kejenye.Keja ape aku xnak hurai dah,kang jadi berjela-jela lak entri nih.Sedang syok duk tengah main bersama laptop n,petir menyambar dengan kencang sekali menyebabkan rumah aku kegelapan sementara.Tapi sebelum sempat black out,aku dah melompat dah akibat terkena henjutan elektrik.Bukan kena kat tangan atau kat mane-mane bahagian lain ni,ni kena kat otak terus.Aku tengah pakai ear phone time tu,jadi arus elektrik itu dapat mengalir melalui telinga dan seterusnya terus ke otak.Perasaan time ni jangan ditanya macam mane,rase macam di awan-awangan pn ade.Ingat aku dah jadi superhero dah akibat terkena eletrik n.Kalaulah buleh mengeluarkan current dari tangan ala-ala Sasuke tu memang best lah.Tapi alhamdulillah,tak ade apa-apa kemalangan jiwa berlaku.Aku cuma terlompat macam beruk sedikit akibat dari tu.


 
   ini kes bunuh diri,jangan cube kt rumah ye adik-adik

Selepas beberapa minit selepas itu,rumah aku kembali menerima nur dari lampu.Tapi laptop aku dah menunjukkan tanda-tanda awal untuk mati.Paparan pada skrin tu mula bergedik-gedik menunjukkan kegedikkan beliau.Dan bermula dari ni la laptop aku ni suke mengalirkan arus-arus eletrik yang jahat ke badan manusia menyebabkan orang-orang yang pernah guna laptop aku turut serta melompat-lompat macam beruk makan cili.Bagi aku,sudah menjadi kebiasaan dah sebab hari-hari kalau xkena memang tak cukup syarat.Kalis current dah ni.kalis current...bukan Kalis Rindu yer..hahaha


 Ni bukan kena current ni..ini kena terajang namenye


Kepada orang-orang dan rakan-rakan yang pernah terkena henjutan dari laptop aku ni,aku nak mintak maaf banyak-banyak la.Bukan aku sengaja nak bagi korang merasa,tapi xbest la aku sorang je merasa.haha.Mana tahu kot-kot dah ade yang jadi superhero akibat dari current laptop aku ni.Buleh selamatkan dunia tu...ok lah,entri ni berakhir disini..Mintak maaf la kalau entri ni memboringkan dan membazirkan masa anda .Sekian dahulu..
Gudbye....

p/s:Kalau time2 hujan,aku nasihatkan jangan la on laptop ataupn peralatan-peralatan elektrik yang lain kalau xmahu peralatan elektrik anda turut boleh mengeluar kan api.haha

Friday, December 17, 2010

Buka YM lebih dari satu user


Oleh kerana post blog aku yang xberapa nak banyak n,aku nk tambah post blog ak n biar jd banyak sket..
Ni saje aku nak berkongsi sket ngan orang-orang yang masih xtahu menahu pasal perkara ni..kepada yang sudah tahu duk diam..kepada yang belum tahu ikut step2 di bawah..

Tujuan cara n diperkenalkan adalah untuk memudahkan user2 yang bnyk id YM buleh online serentak dalam satu masa..jadi,xpayah la nk sign out ym yang sedia online tu semata-mata nak online id yang lain pulak.Kepada yang xpaham tanye kat kotak laung kt sebelah kanan blog n..Terima kasih kepada orang yang telah beri cara2 n kt aku masa kt UMP dulu...TQ2

Apa yang wajib ade untuk HACK ym n??boleh dikatekan sebagai hack jgk n...apa yang perlu ada adalah YM yang sudah diinstal.Version berapa xkisah..

Step yang ke seterusnya

Untuk user win XP
Click Start->Run->taip regedit->Click Ok    (anak panah '->' mewakili step seterusnya)

Untuk user win 7/Vista
Klik Start->taip regedit kt dalam kotak search tuh->Enter
bila dah buat step diatas tu akan keluar satu satu paparan putih seperti dibawah.

(Klik imej untuk membesar)



 Dah keluar seperti paparan di atas,ikut step di bawah pulak
Expand folder HKEY_CURRENT_USER(Klik tanda + untuk expand kan)-> Software->Yahoo->pager->Klik folder Test




 Bila dah jadi macam gambar diaatas,Right Klik kat mana-mana tempat yang ade file (Default)->New->DWORD Value.


 
Satu file akan terhasil dan diberi nama New Value #1




Step yang seterusnya
Right Klik file New Value #1->Klik Modify.


Paparan ini akan keluar




Step terakhir sekali
Tukarkan nombor 0 kepada 1->Klik Ok.->Siap!
Anda buleh juga rename kan New Value #1 kepada apa2 sahaje nama.





Ni lah result nyer..nk online 14 juta ratus pn uleh neh..hahaha2..selamat mencuba.Kalau berlaku apa2 masalah aku tidak akan bertanggugjawab.Try lah dengan risiko sendiri.